KUCHING, 31 Mac – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hari ini mengumumkan pembubaran Sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 11 April ini.

Manakala, bagi tarikh penamaan calon dan hari mengundi, ia akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya SPR.

Mengenai isu dalaman parti melibatkan parti komponen Parti Rakyat Bersatu Sarawak SUPP dan Parti Progresif Demokratik Sarawak SPDP, Adenan berkata perkara itu akan diselesaikan sebelum tarikh penamaan calon. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY