SERDANG, 29 April – Setem Dan Sampul…..Koleksi Setem dan Sampul Surat Hari Pertama Sasterawan Negara (SN) dilancarkan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2016 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, hari ini.

Koleksi itu menampilkan wajah tiga SN iaitu SN pertama, Dr Kamaluddin Muhammad atau Keris Mas; SN ketiga, Datuk Usman Awang (Tongkat Warrant) dan SN kelima, Dr Mohammad Abdul Biang (Arena Wati).

Ia dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh, dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Abdul Adzis Abas.

Penghasilan setem dan sampul surat hari pertama itu ialah inisiatif Pos Malaysia Berhad dalam menghargai sasterawan yang menghasilkan karya bertaraf dunia, selain memelihara dan mengetengahkan warisan negara.

Koleksi setem itu dijual pada harga 80 sen sekeping, manakala sampul surat hari pertama SN dan fail khas untuk menyimpan setem, masing-masing berharga 55 sen dan RM6.35. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY