TAIPING, MEI 18: PATUHI…Jabatan Kesihatan Perak mengingatkan peniaga makanan di bazar Ramadan di negeri itu supaya mematuhi peraturan kebersihan makanan jika tidak mereka akan dikenakan kompaun RM200.

Pengarahnya Dr Ding Lay Ming berkata peniaga harus mematuhi Akta makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 serta Peraturan-Peraturan kebersihan Makanan 2009 yang antaranya menuntut mereka memakai topi dan apron selain makanan yang dijual ditutup.

“Kita prihatin terhadap isu keselamatan makanan dan memberi keutamaan dalam menjaga kebersihan supaya keracunan makanan dapat dielakkan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Ops Ramadan 2018 peringkat negeri di Bazar Ramadan Kamunting dekat sini.

Dr Ding berkata Ops Ramadan 2018 itu bertujuan untuk mengelakan daripada pembeli mengalami keracunan makanan.- MY WD