KUALA LUMPUR, 2 Okt – TERGENDALA….. Perkhidmatan tren komuter dan tren elektrik (ETS) tergendala awal pagi tadi berikutan masalah bekalan kuasa membabitkan laluan antara KL Sentral-Kepong dan KL Sentral-Batu Caves.

KTM Berhad (KTMB) menerusi akaun Twittwer rasmi @ktm_berhad memaklumkan, masalah itu menyebabkan jadual perjalanan tren di kedua-dua laluan itu mengalami kelewatan.

Penumpang komuter diminta untuk mendapatkan pengangkutan lain seperti LRT dan MRT untuk ke destinasi masing-masing.

Bagaimanapun, masalah itu sudah dapat diatasi sekitar jam 8.30 pagi tadi namun, masih mengganggu jadual perjalanan.

“Masalah bekalan kuasa telah dapat diatasi.

“Walau bagaimanapun perkhidmatan komuter masih mengalami kelewatan. Mohon maaf. Terima kasih,” katanya. – WD MY