KUALA LUMPUR, 16 Okt – Tenaga Nasional Bhd (TNB) kini bukan lagi sebahagian daripada
konsortium untuk membangunkan loji tenaga kitaran (Track 4A) berkapasiti 1,000-1,400 megawatt,
berikutan Suruhanjaya Tenaga (ST) menolak cadangan yang dihantar oleh konsortium.

Cadangan yang dihantar pada 15 Mei 2015 oleh TNB dan SIPP Energy Sdn Bhd itu
ditolak kerana tarif purata tidak memenuhi terma-terma ST dalam surat anugerah
bersyarat, kata TNB dalam satu kenyataan.

Di bawah konsortium, TNB dan SIPP Energy dijangka membangunkan projek Track
4A di Pasir Gudang, Johor. -Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY