KUALA LUMPUR, 30 Dis – Lapor……. Pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah sudah melaporkan kepada Kementerian Pelancongan mengenai 87 jemaah umrah dari Batu Pahat, Johor, yang terkandas di tanah suci Makkah sejak lima hari lalu.

Konsul Besar Malaysia di Jeddah, Mohammad Ali Selamat, berkata pihaknya juga sudah bertemu sebahagian mereka di pejabat Konsulat, semalam.

“Kami harap pihak ejen bertanggungjawab. Laporan juga sudah kami buat kepada Kementerian Pelancongan untuk menghubungi ejen di Kuala Lumpur supaya segera membawa jemaah mereka pulang.

“Kami sudah bertemu dengan lima orang jemaah terbabitdan menerangkan langkah yang telah kami ambil. Diberitakan mereka menghadapi masalah kapal terbang rosak,” katanya kepada media.

Berdasarkan semakan visa dibuat pihaknya pula, beliau berkata, tempoh tinggal di Makkah kumpulan terbabit sebenarnya berakhir 12 Januari ini dan mereka perlu pulang sebelum tarikh berkenaan bagi mengelakkan masalah lain.

“Mereka tiba di sini pada 12 Januari lalu dan dibenarkan tinggal selama 30 hari. Jika dapat penerbangan pulang sebelum 12 Januari ini, jemaah tiada masalah untuk pulang ke Malaysia,” katanya.

Dilaporkan, 87 jemaah umrah itu terkandas selepas agensi pengurusan umrah mereka gagal menguruskan jadual penerbangan pulang seperti ditetapkan. – WD MY