KUALA LUMPUR, 8 Nov – Usul Akan Dibawa…….. Lebih 681 usul yang diterima di peringkat bahagian dan cawangan UMNO akan dibincangkan pada Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah Ke-2 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini pada pada 20 November ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata ia mencakupi 108 usul politik, 98 usul pendidikan, sosial (83), agama (62) dan ekonomi (29).

“Semua usul ini akan dirumuskan pada konvensyen berkenaan dan kemudiannya akan disalurkan kepada kluster usul untuk dibahaskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) hujung bulan ini dan awal bulan depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan konvensyen itu di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

PAU diadakan di PWTC pada 29 November hingga 3 Disember ini. – WD MY