KUALA LUMPUR, 27 Nov – Pink Reunion…… Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir ke majlis ‘Pink Reunion’ anjuran Puteri Umno hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata bahawa Puteri Umno merupakan sayap yang memainkan peranan penting untuk Umno memenangi hati rakyat.

Naib Presiden UMNO merangkap pemangku Timbalan Presiden Umno itu turut mencadangkan bekas pemimpin dan penggerak Puteri UMNO diberi peluang menjadi pemegang saham dalam koperasi terbabit.

“Keahlian bekas ahli Puteri UMNO boleh dilakukan secara automatik dan diberi peluang menjadi pemegang saham.

“Jika saya berada dalam saf kepemimpinan, kita boleh beri bantuan sebagai modal awal, bukan untuk mendapatkan keuntungan balik tetapi kalau dapat taja kos kehadiran mereka pada Perhimpunan Agung UMNO pun baik juga,” katanya.

Hadir sama, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; barisan bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri di Jabatan Perdana Menteri); Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Timbalan Menteri Kerja Raya) serta Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad.

Ahmad Zahid turut mengakui, ada segelintir ahli sayap itu memilih haluan berbeza dan menyokong parti lain.

“Jangan jauhkan diri kita dengan mereka kerana mungkin ada sebab mereka pergi ke sana (parti lain).

“Kalau ada unsur kebijaksanaan, Insya-Allah, kita boleh tarik semula mereka kembali berjuang bersama UMNO,” katanya. – WD MY