?KUALA LUMPUR, 17 Feb – Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dengan kerjasama Luncai Emas Sdn Bhd melancarkan sebuah album yang julung kali diterbitkan sebagai pengisian baru ke pasaran umum untuk lagu-lagu puisi bermutu tinggi .  

Album bertajuk KOPRATASA MATHNAWI RUMI yang mengangkat sajak/ puisi penyair agung dan tokoh sufi Islam Jalalluddin Rumi kepada sebuah genre muzikal yang dimelodikan dan dinyanyikan oleh kumpulan puisi terkenal tanahair.
?
?Mengandungi 5 buah lagu terpilih di dalam album ini seperti  Mawar – Seruling 2 – Ujud 2 – Ujud 1 dan seruling 1.

Kopratasa, yang popular dengan lagu-lagu seperti ‘Masihkah Kau Ingat’, Permata Untuk Isteriku, Mulia dan banyak lagi kini kembali dengan mengiramakan syair serta puisi agung Jalaludin Rumi dengan sentuhan muzik dan emosi yang cukup mencengkam rasa yang diilhamkan mereka melalui 5 sajak dan  puisi terpilih.?

?Album yang diterbitkan sepenuhnya oleh ITBM dan di edarkan oleh Luncai Emas ini dan dijual dengan harga RM30.00 dan boleh di dapati bermula hari ini.

Para peminat boleh mendapat menerusi jualan digital di iTunes Store dan akan disusuli nanti selewat hujung Februari ini ke rangkaian kedai-kedai muzik dan buku terpilih.

Manakala, bagi mereka yang ingin membuat  pesanan awal bagi mendapatkan album ini boleh dibuat secara terus kepada : Institut Terjemahan & Buku Malaysia ITBM  +603-4145 1800 atau Luncai Emas Sdn Bhd +603-6156 1357 / 6700.

KOPRATASA kini merupakan sebuah kumpulan duo bervokal yang dianggotai oleh Sani Sudin dan Usop.  Kumpulan yang begitu konsisten dengan puisi dan sajak sejak 25 tahun yang lalu, kini kembali dengan  karya  yang digabungkan dengan puisi-puisi indah penyair agung dunia Jalaludin Rumi.    

Gabungan melodi dan susunan muzik Kopratasa telah membentuk sebuah karya baru dalam bentuk lagu dan sebagai persembahan terbaru kumpulan ini buat tatapan peminat seni. 

Kerjasama kedua-dua penyanyi dan komposer ini yang bernaung di bawah Luncai Emas manakala ITBM pula memiliki hakcipta karya agung Jalalludin Rumi bagi menghasilkan sebuah album istimewa KOPRATASA MATHNAWI RUMI.? – Sofea Nawar, Faizal Dato Badarudin (WD MY)?

LEAVE A REPLY