SEOUL, 7 Mac – Lancar….. Empat peluru berpandu oleh Korea Utara, sebagai latihan serangan ke atas pangkalan AS di Jepun, kata pegawai Pyongyang yang dipetik agensi berita KCNA, hari ini.
Pemimpinnya, Kim Jong-un menyelia latihan itu dan memberikan arahan untuk ia dilancarkan.
“Dia merasa megah melihat kumpulan asap dari peluru berpandu balistik, ” Jong-un memuji Unit Artileri Hwasong, yang melancarkan peluru berkenan, kata KCNA.
“Empat peluru berpandu balistik yang dilancarkan serentak itu tepat seolah-olah ia kelihatan seperti formasi kumpulan akrobatik terbang, ” tambah KCNA, merujuk kepada Jong-un.
Menurut KCNA, unit tentera yang terbabit ‘ditugaskan untuk menyerang pangkalan angkatan perang imperialis AS di Jepun secara luar jangka’. – WD MY