SEOUL, 26 Ogos – BEDIL…… Pihak Korea Utara membedil roket tidak dikenali di luar pantai timur negara itu, lapor agensi berita Yonhap pagi ini, memetik kenyataan tentera Korea Selatan.

Pejabat Ketua Turus Staf Korea Selatan berkata, ia menganalisis sifat roket itu, namun enggan mengesahkan sama ada ia adalah peluru berpandu balistik.

Agensi berita berkenaan melaporkan, ia mungkin peluru berpandu balistik, tanpa menyatakan sumber maklumat. – WD MY