SEOUL, 7 OGOS – PELURU….. Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, berkata pelancaran peluru berpandu oleh negara itu baru-baru ini, adalah satu amaran kepada Washington dan Seoul susulan latihan ketenteraan bersama membabitkan kedua-dua negara.

Jong-un dilaporkan berkata demikian oleh agensi berita KCNA, ketika ketegangan semakin meningkatkan di Semenanjung Korea.

Baru-baru ini, Pyongyang melancarkan peluru berpandu nuklear, selepas tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat, memulakan latihan bersama menggunakan simulasi komputer pada Isnin lalu, bagi menguji keupayaan Seoul mengawal operasi ketika perang.

Latihan itu tetap diadakan walaupun Pyongyang sudah mengeluarkan amaran bahawa, ia bakal menjejaskan rundingan mengenai nuklear antara Amerika Syarikat dan Korea Utara.

KCNA melaporkan bahawa Jong-un menyaksikan pelancaran peluru berpandu itu pada awal pagi semalam, bagi mengesahkan ‘kemampuan ketenteraan’ peluru berpandu taktikal jenis baharu. – WD MY