SEOUL, 6 Mac – Lancar….. Korea Utara melancarkan ‘peluru meriam tidak dikenal pasti’ ke arah perairan di timur semenanjung itu awal hari ini.
Kementerian Pertahanan Korea Selatan berkata, senjata itu dilepaskan dari wilayah Pyongyon Utara ‘sekitar jam 7.36 pagi’ waktu Korea Selatan.
“Ia mendarat di Laut Timur, juga dikenali sebagai Laut Jepun,” kata kenyataan kementerian berkenaan. – WD MY