PUTRAJAYA, OKTOBER 16: KOS LAWATAN PM…Putrajaya membelanjakan RM6.38 juta untuk lapan lawatan rasmi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan delegasinya sejak Pakatan Harapan membentuk kerajaan.

“Perbelanjaan ini dibayar berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980,”

JPM juga berkata perbelanjaan ini turut meliputi pegawai pengiring yang hadir bagi setiap lawatan rasmi perdana menteri.

Semenjak menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir telah mengunjungi Indonesia, China, Japan, Brunei, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom.

Beliau dijadualkan melawat Thailand bulan hadapan.-MY WD