KUALA LUMPUR, 7 April – Tegas…..Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengingatkan pihak yang bercadang untuk mengadakan bantahan di hadapan Bukit Aman supaya mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 bagi mengelakkan dikenakan sebarang tindakan.

“@PDRMsia ingatkan Mrk yg ingin berhimpun di B Aman esok bantah penahanan YB Rafizi Ramli supaya mematuhi APA utk mengelak diambil tindakan.

“APA juga melarang sebarang Protes Jalanan dan Penganjur bersedialah utk berhadapan tindakan tegas @PDRMsia,” kata Khalid menerusi akaun Twitternya.

Khalid merujuk rancangan Ahli Parlimen pembangkang untuk berarak dari Bangunan Parlimen ke Bukit Aman pada 9 pagi ini bagi mendesak pembebasan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Beliau turut menjelaskan penahanan Rafizi adalah mengikut undang-undang dan menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan ditahan polis pada jam 6.05 petang kelmarin, sejurus keluar dari Bangunan Parlimen kerana kerana membuat kenyataan media berhubung Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan mengaitkannya dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Semalam, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan perintah reman selama tiga hari ke atas Rafizi bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY