PUTRAJAYA, 17 Jun – Nafi Terima Pembayaran Tersebut…..Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata kerajaan dan polis tidak ada kaitan dalam pembayaran wang RM12 juta kepada pihak ketiga bagi pembebasan empat rakyat Malaysia yang diculik kumpulan militan Abu Sayyaf.

Menurut Khalid juga menafikan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima wang berkenaan untuk disalurkan kepada penerima dan hanya terbabit dalam memastikan keselamatan keluarga mangsa ke Zamboanga untuk berjumpa dengan pihak ketiga berkenaan yang menawarkan membantu membebaskan mangsa.

“Pihak polis tidak mengetahui ke mana wang itu disalurkan dan bagaimana ia disalurkan. Hanya keluarga mangsa yang mengetahui ke mana wang itu disalurkan,” jelas Ketua Polis Negara.

“Polis hanya terbabit dalam membantu memastikan keselamatan keluarga mangsa (ke Zamboanga). Kita tidak boleh halang keluarga (untuk membuat rundingan) dan mereka bebas membuat keputusan,” katanya pada sidang media di Perdana Putra di sini, petang ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan tidak membayar sebarang wang tebusan untuk membebaskan mangsa, sebaliknya wang itu dibayar oleh keluarga mangsa kepada pihak tertentu yang tidak ada kaitan dengan kumpulan pengganas. – WD MY

LEAVE A REPLY