KUALA LUMPUR, 14 April – Masih Hidup..Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan empat rakyat Malaysia yang diculik lelaki bersenjata pada 1 April lalu masih hidup.

Beliau berkata, rundingan dengan pihak berkuasa Filipina masih berlangsung dalam usaha membebaskan semua mangsa berkenaan.

“Bagaimanapun, saya enggan dedahkan peringkat mana dan apa yang sedang kita lakukan kerana bimbang akan menimbulkan masalah kepada semua tebusan itu,” katanya.

Empat rakyat Malaysia yang diculik ialah Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29 dan Johnny Lau Jung Hien, 21.

Semalam Kementerian Luar memanggil Duta Besar Republik Filipina ke Malaysia, Jose Eduardo E Malaya untuk mengulangi permohonan Malaysia bagi mendapatkan bantuan Kerajaan Filipina dalam usaha membebaskan empat warga Malaysia yang diculik itu. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY