KUALA LUMPUR, 22 Nov – Polis menahan enam individu termasuk pegawai kanan polis kerana dipercayai terbabit dalam penyelewengan kontrak ubah suai Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata enam suspek berkenaan ditahan dalam beberapa tangkapan yang dilakukan sejak kelmarin.

Beliau berkata, antara yang ditahan kerana kes penyelewengan bernilai RM1.5 juta itu adalah pegawai kanan polis, pegawai rendah, anggota polis serta kontraktor.

“Selain itu, kita juga menyita beberapa kenderaan mewah serta akuan bank milik semua suspek,” katanya ketika ditemui di Masjid Bukit Aman di sebentar tadi.

Berita Selanjutnya Menyusul

LEAVE A REPLY