KUALA LUMPUR, 3 Mac – Sangkal……  Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini, menyangkal dakwaan oleh Korea Utara Kim Jong-nam kemungkinan meninggal dunia kerana serangan jantung.

Menurut Ketua Polis Negara, pakar Malaysia mengesahkan bahawa Jong-nam mati selepas dua wanita tiba-tiba menghampirinya dan menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka yang disembur dengan cecair beracun yang kemudian dikenal pasti sebagai agen saraf VX.

“Kita mempunyai pakar yang berkelayakan untuk menentukan punca kematian Kim Chol (Jong-nam). Siasatan kita dan disokong oleh laporan pakar mengesahkan bahawa Kim Chol dibunuh.

“Korea Utara boleh menyatakan apa yang mereka suka tetapi fakta itu kekal,” kata beliau ketika dihubungi media.

Khalid berkata demikian susulan dakwaan oleh jurucakap rasmi kedutaan Korea Utara Ri Tong-il ketika sidang media bahawa Jong-nam meninggal dunia akibat serangan jantung dan bukan diracun.

Sementara itu, Khalid berkata tidak perlu untuk menyerahkan sampel bahan kimia yang digunakan dalam pembunuhan itu kepada Organization for the Prohibition of Chemical Weapons (OPCW). – WD MY