JERTIH, 8 Julai – Sentiasa Memantau….. Pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bekerjasama bagi memantau penuntut universiti di dalam dan luar negara bagi mengelak mereka terbabit dengan aktiviti keganasan.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata kerajaan tidak bertolak-ansur dengan penuntut yang terbabit dalam kegiatan keganasan.

“Kita serahkan siasatan kepada KDN dan jika ada kegiatan mencurigakan, kerajaan akan mengambil tindakan selaras peruntukan undang-undang negara.

“Bagaimanapun, belum ada laporan diterima daripada pihak berkuasa berhubung pembabitan pelajar Malaysia di luar negara dengan kegiatan keganasan khususnya berkaitan militan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media sempena Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB) Gong Kemuntong, di sini hari ini. – WD MY

LEAVE A REPLY