KUALA LUMPUR, 14 MEI – TERBABAS….. Seorang lelaki cedera selepas kren dipandunya hilang kawalan dan terbabas di Taman Penggiran Delima, Hulu Langat, semalam.

Ketua Balai Bomba Bandar Tun Hussein Onn, Mohamad Akmal Mohamad Khairi, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.39 petang.

ANGGOTA Bomba membantu mangsa yang terperangkap di dalam kren yang terbabas.

Katanya, enam anggota yang dikejarkan ke lokasi kejadian menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa berusia 25 tahun itu yang terperangkap dalam jentera berkenaan.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak ambulans untuk rawatan lanjut.

“Mangsa mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

“Siasatan awal mendapati mangsa memandu kren berkenaan secara bersendirian dan terbabas ke kawasan semak berhampiran,” katanya ketika dihubungi. – WD MY