PETALING JAYA, 5 Dis – Terbalik……. Satu unit jentera kren yang digunakan untuk membantu kerja pembinaan sebuah bangunan, tumbang di Damansara Perdana dalam kejadian jam 2.05 petang tadi.

Kren berkenaan dilaporkan digunakan di bahagian terbuka di tingkat empat sebelum tiba-tiba tumbang lalu tersangkut.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Sani Harul, berkata pihaknya yang dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 2.10 petang, giat menjalankan kerja membetulkan keadaan kren berkenaan.

“Ketika ini, pegawai dan anggota bomba membantu kontraktor yang terbabit membetulkan kedudukan kren bagi mengelak situasi tidak diingini berlaku. Tiada mangsa terbabit dalam kejadian berkenaan.

“Kita turut mengawasi keadaan sekitar lokasi kejadian bagi menghalang orang awam memasuki kawasan berkenaan yang dikategorikan berbahaya,” katanya ketika dihubungi media.