SUBANG, 28 Mei – Ketibaan Migran Syria…..Kumpulan kedua seramai 68 migran Syria daripada 18 keluarga dari kem pelarian Lembah Bekaa, Lubnan tiba di Malaysia.

Mereka tiba dengan menaiki pesawat khas Air Asia di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, TUDM, Subang 11.15 pagi tadi.

Kehadiran kumpulan kedua ini disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Mereka adalah antara 79 migran Syria profesional yang masuk ke negara menerusi Program Penempatan Migran Syria di Malaysia pada tahun ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, kerajaan mensasarkan 500 jumlah keseluruhan migran Syria akan dibawa masuk ke negara ini secara berperingkat sehingga akhir tahun ini. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY