KUALA LUMPUR, 23 Jun – Filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsuddin mencipta sejarah kegemilangannya kembali apabila usaha United Studios anak syarikat Kumpulan KRU dengan mengambil inisiatif untuk membuat pelaburan untuk memasarkan filem epik bersejarah berkenaan.

Filem Bukit Kepong mendapat sentuhan digital remastering dari Pro Digital Lab dalam meningkatkan mutu dan kualiti filem berkenaan ke tahap membanggakan.

Hari ini, Polis Diraja Malaysia bersama Kumpulan Syarikat KRU membuat satu jalinan kerjasama strategik bersempena tayangan filem berkenaan yang akan ditayangkan sempena bulan kemerdekaan ke 58.

Memorandum berkenaan bertujuan menyalurkan sebahagian kutipan tayangan amal, tayangan perdana sera tayangan awam filem berkenaan untuk mengisi Tabung Kebajikan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menghargai usaha Kumpulan Kru dengan mengadakan kerjasama bersama PDRM untuk tayangan Filem Bukit Kepong ini.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Kumpulan Kru kerana menghargai jasa PDRM dan mengadakan CSR mereka dengan menyumbangkan hasil tayangan berkenaan kepada Tabung Kebajikan PDRM,” kata Khalid.

Beliau ditemui media semasa sesi memorandum persefahaman di antara Kumpulan Kru dengan PDRM di sini.

Bagi Norman Abdul Halim, beliau menghargai kerjasama bersama PDRM demi mengingati jasa yang telah ditaburkan oleh anggota-anggota polis semasa kejadian Bukit Kepong itu sendiri.

“Ia sesuatu yang amat berharga dan bagi menghasilkan semula dan menyimpan khazanah seperti filem Bukit Kepong ini memerlukan usaha yang berterusan serta sokongan padu dari semua pihak kerana ini merupakan sebahagian dari pengorbanan dan sejarah negara,” kata Norman. – Faizal Dato Badarudin, Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY