KUCHING, 4 Julai – Kunjungi….. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meneruskan kunjungan Aidilfitrinya di Sarawak dengan berkunjung ke kediaman Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau yang tiba kira-kira 8.00 malam tadi kemudian menyertai tetamu menikmati makan malam.

Ahmad Zahid dan Awang Tengah turut bertukar cenderahati sebagai tanda kenangan.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari, isterinya Datin Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, barisan anggota Kabinet negeri serta Anggota-anggota Dewan Undangan Negeri.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani. – WD MY