PORT DICKSON, 22 Okt-Kursus Dilanjutkan… Kursus Asas Imigresen akan dilanjutkan kepada enam bulan berbanding 34 hari ketika ini dengan menekankan aspek disiplin dan kerohanian.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan itu dilihat relevan bagi mengisi keperluan semasa yang semakin mencabar.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 di Akademi Imigresen Malaysia, Port Dickson.

Tambahnya, beberapa modul penambahan juga perlu dilakukan dengan menekankan aspek disiplin, perundangan, kerohanian dan fikrah pemikiran supaya dapat mengubah persepsi masyarakat dengan keterampilan baharu. – WD MY