KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Lembaga Tabung Haji telah menganjurkan Kursus Perdana Haji musim 2015 bagi seluruh negara bermula 31 Julai.

Bagi Wilayah Persekutuan, kursus haji telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Kursus haji yang berlangsung selama dua hari melibatkan hampir 1500 bakal haji dan kursus haji ini memberi gambaran sebenar kepada bakal-bakal haji tentang suasana tinggal beramai-ramai di Tanah Suci nanti.

Menurut Tengku Adnan dalam ucapan perasmiannya mengucapkan semoga para peserta dan bakal haji ini memperoleh dan berjaya mencapai objektif sepanjang kursus dijalankan.

Beliau juga turun berpesan agar semua bakal haji menjaga kesihatan dan menjaga imej sebagai warga Malaysia ketika mengerjakan haji di sana nanti.

Hadir sama, Tan Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji.

Bagi tahun ini, Tabung Haji menanggung kos bagi setiap jemaah haji Muassasah yang kali pertama pergi sebanyak RM 7290 dari kos sebenar iaitu RM 17,270 seorang.

Ini menjadikan bayaran haji kekal pada RM 9980 seorang walaupun meningkat setiap tahun.?-Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY