KUALA LUMPUR, OKTOBER 26: KUTIPAN… TimbalanMenteri Pendidikan Teo Nie Ching hri ini berkata antara punca penurunan kutipan bayaran PTPTN bagi tahun ini .

Kerajaan BN sebelum ini melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik dari enam bulan kepada setahun.

Justeru kata Teo penurunan kutipan bukan hanya berpunca daripada pengeluaran nama peminjam yang gagal membuat bayaran daripada senarai hitam imigresen, seperti yang didakwa Khairy Jamaluddin (BN-Rembau).

“Saya tak nafikan kutipan menurun selepas pengeluaran nama daripada senarai hitam imigresen tetapi ia bukan satu-satunya punca.

“Pada 2017, ketika membentangkan Bajet 2018, Najib membuat pengumuman untuk melanjutkan tempoh penangguhan bagi pemohon PTPTN membayar hutang mereka,” katanya di Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab soalan Khairy.

Khairy bertanyakan jumlah bayaran semula yang dikutip PTPTN selepas nama mereka yang ingkar dibuang daripada senarai hitam imigresen.

Teo berkata jumlah yang dikumpul antara Jun dan September adalah RM817.65 juta berbanding RM1.324 bilion yang dikumpul untuk tempoh sama tahun lalu.

“Terima kasih kerana mengesahkan selepas mereka dibuang daripada senarai hitam, bayaran semula PTPTN telah menurun sebanyak RM500 juta.

“Sebab itulah kita letakkan mereka dalam senarai hitam,”–MY WD