PETALING JAYA, 14 FEB – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menafikan dakwaan bahawa maklumat dan simpanan ahli KWSP terjejas akibat kebakaran di cawangan Petaling Jaya yang disebarkan melalui WhatsApp dibawah tajuk “Pengumuman Rasmi”.

Sebaran melalui Whatsapp bahawa ”Sistem KWSP akan terganggu selama 6 bulan disebabkan oleh kerja-kerja pemulihan yang disebabkan oleh kebakaran ini,” dan “Tiada pengeluaran boleh dibuat dalam tempoh ini. Maaf atas sebarang masalah yang dialami” merupakan sebaran palsu.

Menurut jurucakap KWSP, Sistem KWSP tidak terjejas dan akan berjalan seperti biasa. Cawangan Petaling Jaya (PJ) akan ditutup sementara dan ahli boleh melakukandi cawangan lain atau melalui transaksi i-Akaun. – WD MY