REMBAU, 28 Sept – TERBAKAR…..Asrama Yayasan Assofa yang menempatkan murid tahfiz di Astana Raja, di sini, terbakar kira-kira 60 peratus dalam kejadian kebakaran jam 1.50 pagi tadi.

Dalam kejadian berkenaan, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dan Tampin dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan dan tiba di lokasi pada jam 2.05 pagi.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis, kebakaran berkenaan membabitkan asrama perempuan jenis kekal satu tingkat dengan keluasan 20×60 kaki.

“Semasa kejadian, terdapat 37 murid dan kesemuanya telah berjaya diselamatkan.

“Bagaimanapun terdapat tiga pelajar yang mengalami sesak nafas susulan kebakaran ini.

“Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – WD MY