KUALA LUMPUR 15 Jan – Gangguan…… Beberapa kawasan di ibu negara sedang mengalami gangguan bekalan air akibat pengeluaran rendah air terawat daripada Loji Rawatan Air Sungai Langat di sini. Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) melalui satu kenyataan berkata, segala usaha sedang diambil untuk meningkatkan pengeluaran air terawat bagi bekalan ke kawasan-kawasan yang terlibat.
Katanya, sebanyak 65 kawasan terjejas termasuk beberapa kawasan di Pandan, Ampang, Cheras serta Bandar Tun Razak di sini.
“Bantuan bekalan air sedang dihantar dengan lori tangki air ke hospital, pusat dialisis serta pengguna yang terjejas,” menurut kenyataan itu.
Maklumat terkini mengenai status gangguan bekalan air ini boleh dirujuk di www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar “mySyabas”, Facebook “Air Selangor” atau Twitter “@air_selangor” – WD MY