PETALING JAYA, OKTOBER 11: LANTIKAN POLITIK…Pakatan Harapan dikatakan terus melanggar janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu yang mahu membebaskan universiti daripada campur tangan politik.

Jika sebelum ini, kecoh isu pelantikan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) baru-baru ini, kali ini Pengerusi PKR Perak, Datuk Dr Muhammad Nur Manuty pula dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Univesiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk selama tiga tahun.

Pelantikan itu diumumkan dalam laman media sosial rasmi UniSZA, semalam.

“Sekalung tahniah Datuk Dr Muhammad Nur Manuty di atas pelantikan sebagai pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA berkuat kuasa 1 Oktober 2018 hingga 30 September 2021.”

Sementara itu, melaporkan Muhammad mengesahkan pelantikannya, tetapi enggan mengulas mengenai manifesto HARAPAN yang tidak membenarkan lantikan politik dalam universiti awam.

“Mereka (UniSZA) baru lantik, saya baru terima suratnya. Saya tidak mahu komen, kena tanya menteri,” katanya.

Beliau juga dipetik portal itu sebagai berkata, dirinya tidak menerima sebarang bayaran atas pelantikannya sebagai pengerusi lembaga pengarah universiti berkenaan.

Sebelum ini, Maszlee juga pernah dikritik pelbagai pihak, termasuk ahli politik kerajaan berhubung pelantikannya sebagai presiden UIA.-MY WD