SHAH ALAM, 19 Dis – Sandiwara….. Sandiwara Kerajaan Selangor mengadakan mesyuarat khas berhubung gangguan bekalan air susulan kerja penyelenggaraan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Bukit Badong, Kuala Selangor.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata mesyuarat dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Kumpulan Air Selangor (Air Selangor) hari ini, antara lain mahu bekalan air dipulihkan dalam tempoh tidak sampai enam hari.

Katanya, ia berikutan tempoh yang ditetapkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) itu sangat lama dan menyusahkan orang ramai, terutama menjelang sambutan Krismas pada 25 Disember ini.

“Kita memahami tugas TNB kerana ada isu teknikal yang perlu diselesaikan. Dasar kerajaan negeri adalah bagi memastikan kerja ini tidak menyusahkan rakyat ketika cuti sekolah dan menjelang sambutan Krismas.

“Kerajaan negeri tidak menjangka proses penyelenggaraan ini akan menyebabkan gangguan bekalan air sehingga enam hari.

“Bagaimanapun, kerajaan negeri mahu tempoh ini dipendekkan dan diatasi secepat mungkin sebaik saja kerja penyelenggaraan selesai,” katanya.

Beliau mengulas mengenai kira-kira 3.89 juta pengguna di sekitar Lembah Klang mula menghadapi gangguan bekalan air hari ini susulan kerja penyelenggaraan TNB di PMU Bukit Badong, Kuala Selangor.  – WD MY