PUTRAJAYA, 31 Okt – Tubuh Jawatankuasa…..Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi herkata¬† Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhan Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Hadith atau Lajnah Tahqiq Hadith yang berfungsi sebagai pusat rujukan bagi menentukan kesahihan sumber hadis.

Timbalan Perdana Menteri, berkata seramai tujuh ahli panel dilantik mengetuai jawatankuasa itu diketuai Dr Abdul Hayei Abdul Sukor sebagai Pengerusi Jawatankuasa.

Beliau berkata, penubuhan jawatankuasa itu antara lain bagi menyediakan pandu arah mengekang penyebaran hadis palsu oleh kumpulan tertentu kepada masyarakat.

“Penyebaran hadis palsu dalam masyarakat khusus dalam penerbitan boleh membawa kepada penyelewengan akidah, menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam serta perpaduan negara,” katanya ketika berucap pada majlis penganugerahan sijil pelantikan jawatankuasa berkenaan di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, masyarakat perlu dididik supaya merujuk kitab-kitab syarah hadis yang muktabar (terkenal) dan merujuk kepada mereka yang pakar supaya pemahaman hadis adalah tepat. – WD MY