SUBANG JAYA, 30 Jun – PM Rasmi Projek Sambungan Jajaran LRT…. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak merasmikan pembukaan penuh Projek Penyambungan Jajaran Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dan Ampang di Stesen Putra Heights di sini.

Laluan tambahan sepanjang 35.1 kilometer (km) menghubungkan LRT Kelana Jaya dan Ampang/Sri Petaling memanfaatkan dua juta penduduk Lembah Klang khususnya di daerah Petaling.

Ia turut meningkatkan taraf sosio ekonomi negara yang dinilai melalui Kadar Pulangan Ekonomi Dalaman (EIRR).

Dimiliki Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA), projek membabitkan pembukaan 12 stesen baharu laluan Kelana Jaya dan 11 stesen laluan Ampang/Sri Petaling itu dijangka menyumbang tambahan 300,000 penumpang sehari.

Yang turut hadir, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa; dan Pengerusi Kumpulan PRASARANA, Tan Sri Ismail Adam. – WD MY

LEAVE A REPLY