KUALA LUMPUR, 13 Julai – Sempena menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri,
laluan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ke pantai timur bagi fasa
pertama telah mula beroperasi sejak semalam selepas diberhentikan akibat
banjir tahun lepas.

Menurut Presiden KTMB Lt Kol (B) Sarbini Tijan, laluan tren dari Kemubu ke
Kuala Krai, Kelantan telah beroperasi mulai semalam manakala laluan Gemas,
Negeri Sembilan ke Gua Musang, Kelantan pula bermula hari ini.

Harga tiket bagi kedua-dua perjalanan itu adalah pada harga lama. Kerajaan
pusat menerusi Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan, Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan KTMB amat prihatin dengan keperluan rakyat di
Kelantan.

“Kami juga akan membantu mengembalikan kemudahan infrastruktur tren dengan
segera dan tidak pernah meminggirkan rakyat Kelantan,” katanya dalam kenyataan
di sini hari ini.

Semua perkhidmatan tren di laluan pantai timur telah dibatalkan sejak 22
Dis lepas akibat banjir teruk yang melanda pantai timur tahun lalu.

Sarbini juga berkata fasa kedua pemulihan landasan kereta api di pantai
timur dijangka pulih sepenuhnya pada akhir tahun ini.

Beliau berkata pihak KTMB memohon maaf atas kelewatan pengoperasian fasa
pertama yang sepatutnya bermula pada 10 Julai.-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY