SEOUL, 3 Sept – BOM…. Pihak Korea Utara dipercayai melancarkan ujian nuklear keenam beberapa jam selepas Pyongyang mendakwa berjaya membangunkan bom hidrogen, lapor Agensi Berita Yonhap yang memetik kenyataan pegawai tentera.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan apa yang didakwa sebagai letupan perlombongan bermagnitud 5.1, kira-kira 24 kilometer di timur laut Sungjibageam, Korea Utara.

Pentadbiran Meteorologi Korea berkata, gegaran turut dikesan pada jam 12.36 tengah malam di wilayah Hamgyeong Utara. – WD MY