SEOUL, 10 MEI – LANCAR….. Senjata dilepaskan Korea Utara hari ini jelas dua peluru berpandu berbeza, kata tentera Korea Selatan, pelancaran kedua Pyongyang dalam tempoh kurang seminggu.

Ketua Turus Kakitangan Tentera Korea Selatan (JCS) dalam satu kenyataan berkata, Pyongyang jelas melancarkan dua peluru berpandu jarak dekat dari Sino-ri di wilayah Pyeongan Utara.

“Dua peluru berpandu terbabit terbang pada kelajuan 270 dan 420 kilometer sejam ke arah timur. Tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) sedang menganalisis pelancaran itu secara bersama,” kata JCS.

JCS berkata, analisis terperinci sedang dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa perisikan AS, sambil mengekalkan kawalan keselamatan dipertingkat ke atas sebarang pelancaran mungkin peluru berpandu. – WD MY