SEREMBAN, 4 Ogos – Kempen Royale……. Hotel Royale Bintang Resort and Spa hari ini
melancarkan “Kempen Royale” bertujuan untuk meningkatkan kadar penginapan bilik
sehingga 80 peratus daripada 50 peratus sekarang.

Pengurus Pemasaran dan Komunikasinya Sofiah Baharuddin berkata kempen ini
menawarkan bilik kepada pelanggan pada harga RM140 satu malam tidak termasuk
Cukai Barang dan Perkhidmatan.

“Di bawah pakej ini, pelanggan juga akan menikmati sarapan pagi untuk dua
orang, diskaun 20 peratus ke atas makanan dan diskaun 30 peratus menggunakan
kemudahan Spa,” katanya kepada media pada majlis pelancaran “Now Everyone
Can Enjoy A 4 Star Hotel” di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengurus Besarnya Mashor Din dan Timbalan Pengarah Tourism
Malaysia Negeri Sembilan, Wan Ikhmal Khalil.

Sofiah berkata kempen ini hanya untuk pelanggan “walk-in” tanpa mengira cuti
umum dan cuti persekolahan.

LEAVE A REPLY