WASHINGTON, 19 Sept – Serangan….. Tentera kumpulan militan Daesh dipercayai melancarkan serangan tikaman di sebuah pusat beli belah di Minnesota sehingga mencederakan lapan orang, kata sebuah agensi berita yang dikaitkan dengan pelampau semalam.

“Pelaku serangan tikaman di Minnesota semalam (Sabtu) adalah seorang Daesh yang menjalankan operasi sebagai tindak balas kepada arahan yang menyasarkan rakyat negara gabungan tentera salib,” kata agensi berita Amaq.

Polis AS berkata, seorang pegawai yang tidak bertugas menembak mati seorang suspek yang menikam dan mencederakan lapan orang di sebuah pusat beli-belah di Minnesota pada malam Sabtu.

Suspek ada membuat beberapa rujukan yang menyebut Allah. Malah dia turut bertanya seorang daripada mangsa adakah mereka Islam sebelum menyerang,” kata ketua polis bandar St Cloud, Blair Anderson.

“Motif sama ada ia adalah serangan pengganas atau tidak masih belum jelas,” kata Anderson kepada wartawan.

Tambahnya penyerang di pusat beli belah Crossroads Centre di St Cloud, 110 kilometer ke barat laut bandar Minneapolis itu memakai pakaian seragam keselamatan swasta.

Suspek mempunyai sejarah kesalahan kecil melanggar peraturan lalu lintas, katanya sambil menambah bahawa polis tidak dapat mengaitkan serangan itu dengan mana-mana kejadian lain.

Kejadian tikaman itu berlaku ketika 29 orang cedera dalam serangan bom di kawasan kejiranan yang sibuk di New York pada Sabtu. – WD MY

LEAVE A REPLY