KUCHING, 9 Jan – Lapor Segera…….  Datuk Seri Fadillah Yusof, mahu penduduk di kawasan yang mengalami banjir melaporkan segera insiden tanah runtuh atau hakisan tanah di kawasan mereka agar tindakan pencegahan dapat dilakukan lebih awal.

Beliau berkata, laporan boleh dibuat kepada bilik gerakan Pusat Pengurusan Bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) atau menerusi laman sosial kementerian di http://bencanaalam.jkr.gov.my/v2/.

“Kita pantau keadaan banjir bukan sahaja menerusi media sosial tetapi juga melalui saluran rasmi kerajaan.

“Kita minta kerjasama rakyat untuk kenal pasti kalau ada tanah runtuh supaya langkah pencegahan dapat diambil,” katanya kepada media petang semalam.

Katanya, bilik gerakan JKR kini diletak dalam status kuning iaitu beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang memandangkan keadaan banjir semakin terkawal sejak dua hari lepas. – WD MY