WASHINGTON, 30 Jun – Bermula….. Larangan sementara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke atas pelarian dan pengembara dari enam negara majoriti Islam mula dikuatkuasakan semalam, apabila Mahkamah Agung membenarkannya selepas lima bulan ‘berbalah’ dengan kumpulan hak asasi.

Pentadbiran Trump berkata, larangan itu adalah perlu bagi menghalang pengganas dari memasuki negara berkenaan, tetapi kumpulan pejuang hak asasi mendakwa ia secara tidak sah menyasarkan terhadap orang Islam.

Pengharaman 90 hari ke atas pelawat dari Iran, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman bagaimanapun diberi pengecualian sekiranya ada hubungan keluarga terdekat di Amerika Syarikat, yang ditakrifkan secara khusus oleh kerajaan, tidak termasuk datuk, nenek, cucu, ibu saudara, bapa saudara dan lain-lain. – WD MY