ALOR SETAR, 3 Mei – Larian….. Sebanyak 150 orang ahli UMNO Kedah memeriahkan Larian Bendera sempena Ulang Tahun UMNO ke-71 membabitkan jarak hampir 100 kilometer (KM) sekitar negeri ini, hari ini.

Larian bermula dari Pejabat UMNO Bahagian Kubang Pasu jam 8 pagi tadi dijangka berakhir jam 8 malam ini, di Pejabat UMNO Bahagian Jerai.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata larian di negeri Kedah membabitkan 250 km akan merangkumi laluan di Kubang Pasu, Alor Setar, Kuala Kedah, Jerai, Merbok dan Sungai Petani.

Katanya, ia turut disertai peserta kawasan Parlimen yang tidak dilalui konvoi seperti Langkawi, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Baling, Padang Serai dan Kulim-Bandar Baharu.

“Larian ini berada di Kedah selama tiga hari bermula semalam sehingga esok dan berakhir di sempadan Kedah-Pulau Pinang.

“Penyerahan hari terakhir akan disempurnakan oleh saya kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman,” katanya.. – WD MY