RIYADH, 3 Mac – Penyertaan Angkatan Tentera Malaysia ATM dalam latihan bersama pasukan pertahanan 19 negara Islam lain di Arab Saudi memberi manfaat kepada peningkatan kemahiran anggota kerana membabitkan lokasi kawasan padang pasir.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak turut meluangkan masa meninjau anggota dan pegawai tentera Malaysia yang menjalani latihan di bandar tentera Raja Khalid di Hafaf al Batin, kira-kira 500 kilometer dari Riyadh.

Bagi Perdana Menteri latihan membabitkan 20 negara Islam dan kali pertama dijalankan itu dapat memupuk persefahaman serta kerjasama di kalangan negara yang mengambil bahagian. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY