Latihan Di Arab Saudi Bukan Untuk Berperang Kata Hishammuddin

0
77

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Tentera Malaysia yang dihantar ke Arab Saudi adalah untuk tujuan latihan ketenteraan, bukan untuk menyerang Syria.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijemput oleh Arab Saudi sendiri untuk menyertai latihan tersebut.

“Ini adalah atas dasar hubungan baik kedua-dua negara,” kata Hishammuddin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada Tian Chua (PKR-Batu) yang menanyakan tujuan sebenar tentera Malaysia dihantar ke Arab Saudi.

Oleh itu, Hishammuddin berharap tiada pihak yang akan memutarbelitkan perkara ini.

“Apa kaitannya dengan politik? Ini adalah latihan ketenteraan untuk kebaikan ATM sendiri,” kata Hishammuddin. – Sofea Nawar (WD MY)