DUNGUN, 23 April – TPM Lawat Dungun…Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Dungun hari ini bagi merasmikan dua majlis utama iaitu majlis Pecah Tanah UMNO Bahagian Dungun di Sura Jetty dan perasmian Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC).

Ketibaan Timbalan Perdana Menteri di Sura Jetty dari Lapangan Terbang Kertih, Kemaman pada pukul 9.45 pagi tadi disambut meriah oleh hampir 10,000 rakyat Dungun.

Ia merupakan lawatan ketiga Ahmad Zahid ke Terengganu sejak dilantik Timbalan Perdana Menteri.

Selepas merasmikan majlis pecah tanah, beliau dijangka ke Bandar Al-Muktafi Billah, Dungun bagi merasmikan RTC pada pukul 2.00 petang.

Sebelum dijangka pulang ke Kuala Lumpur jam 3.00 petang. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY