KUALA LUMPUR,JULAI 4: Lebih 100 wakil media tempatan dan antarabangsa memenuhi perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini bagi mengikuti prosedur pendakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mereka juga dilihat mula memenuhi perkarangan mahkamah serta menunggu ketibaan bekas Perdana Menteri itu sejak pukul 5 pagi.

Dalam pada itu, kira-kira 50 anggota polis ditempatkan di mahkamah tersebut bagi mengawal keadaan.

Bagaimanapun, keadaan menjadi sedikit tegang sewaktu ketibaan Najib apabila lebih 100 penyokongnya mengerumuni bekas Perdana Menteri itu.

Penyokong-penyokongnya yang memakai baju berwarna biru iturut melaungkan ‘Bebaskan Najib’ sebelum dihalau oleh pihak polis.

Akibatnya, seorang wanita dari media antarabangsa cedera dalam kejadian itu.-MY WD