KUALA LUMPUR, 13 Mei – Tahan….. Pihak Polis menahan 19 individu yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan kontroversi JJPTR dalam serbuan di beberapa lokasi di Pulau Pinang.

Skim JJPTR mendapat perhatian umum selepas pengasasnya Johnson Lee mendakwa ia kerugian US$400 juta kerana menjadi mangsa penggodam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan perkara itu menerusi laman Twitter rasminya.

Beliau berkata serbuan disertai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman bersama beberapa agensi seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Syabas JSJK @PDRMsia, BNM, LHDN, NRRET, SSM serbu 8 lokasi skim JJPTR di Pulau Pinang dan tahan 19 pekerja dan pelabur dan rampas dokumen, ” kata Khalid.

NRRET ialah singkatan bagi “National Revenue Recovery Enforcement Team”.

-WD MY