Lebih 2,000 Tetamu Hadir Ke Majlis Berbuka Puasa Bersama PM

0
57

PUTRAJAYA, 30 Mei – Berbuka Puasa….. Lebih 2,000 tetamu hadir pada Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Seri Perdana di sini malam tadi.

Majlis turut disertai menteri Kabinet, menteri besar dan ketua menteri, duta, pemimpin kanan kerajaan.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Perdana Menteri dan isteri turut menyampaikan sumbangan kepada 75 anak yatim dari Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi; Rumah Anak Yatim Al -Fateh, Kajang dan Maahad Tahfiz Az Zean, Sungai Buloh, Selangor.

Najib dan Rosmah kemudian menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawih bersama menteri Kabinet dan hadirin lain. – WD MY