SYDNEY, 4 Mac – Ditangkap…… 50 pekerja asing haram dengan sebahagian besarnya rakyat Malaysia, ditahan ketika serbuan ke atas sindiket buruh yang beroperasi di tenggara Australia.

Puluhan pegawai polis persekutuan dan anggota Pasukan Sempadan Australia melakukan serbuan ke atas beberapa kediaman di Pemberton kira-kira jam 3 pagi semalam, menahan pekerja yang nyenyak tidur.

Lebih 40 pekerja kebanyakannya warga Malaysia ditemui di sebuah motel di tengah-tengah bandar itu yang mana mereka tinggal enam orang dalam sebuah sempit ala asrama yang asalnya menempatkan dua orang.

Dua lagi rumah di tengah Pemberton yang menjadi tempat tinggal 10 pekerja turut diserbu.

Pekerja dipercayai diambil oleh orang tengah yang membekalkan mereka bekerja dengan petani tempatan pada kadar pasaran.

Bagaimanapun, hanya sebahagian kecil wang itu masuk ke poket pekerja yang turut dipaksa membayar A$150 (RM506.28) seminggu oleh kontraktor untuk menampung kos penginapan.

Pegawai Pasukan Sempadan berharap dapat menahan beberapa kontraktor ketika serbuan semalam, namun siasatan mengenai lokasi mereka masih diteruskan.

Serbuan itu adalah yang terbesar di barat Australia dalam tempoh hampir tiga tahun dan sebahagian tindakan keras kerajaan ke atas pekerja tidak sah.

Tiada ladang menjadi sasaran semalam, namun petani ladang strawberi Paul Da Silva disoal seketika oleh pihak berkuasa ketika tiba di motel milik keluarganya itu.

Beliau menafikan keluarganya mengetahui pekerja tidak sah tinggal di hartanahnya dan berkata bilik terbabit disewa dalam jangka panjang kepada buruh diambil kontraktor yang kemudian menyewakannya kepada pekerja.

Daripada 50 lelaki dan wanita yang ditahan, 27 daripadanya didapati tinggal melebihi tempoh visa manakala baki 23 memiliki visa pelajar atau pelancong.

Mereka berdepan pengusiran segera dan dipindahkan ke pusat tahanan imigresen di Perth atau Northam. – WD MY